This Is CoPiePasta Blog

You are currently visiting CoPiePasta Blog! We Share, Critic and Copy everything for you!

Headline

CoPiePasta

Sunday, November 27, 2011

Shida Harmi Ugut Dedah Aksi Ranjang Khairul Fahmi

Gambar mesra khairul fahmi dan shida harmi kini tersebar. Sebelum ni, Shida Harmi pernah mengugut Khairul Fahmi untuk menyebarkan gambar khairul fahmi aka Apex ni mungkin bertujuan untuk membongkarkan perangai khairul fahmi yang sebenar. Menurut sumber, Shida Harmi ni adalah kekasih gelap atau kekasih lama khairul fahmi pada ketika dulu. Mungkin juga gambar ni disebar untuk merosakkan hubungan Apex dan Dahlia Teck.




Setelah pulang terjulang sebagai wira negara membantu skuad Harimau Muda membaham Garuda di bumi sendiri, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apex terus menjadi buruan gadis, tidak terkecuali yang seorang artis baru, Shida Harmi.

Dalam perkembangan terbaru penjaga gawang gol Harimau Muda ini, blog hiburan terkenal tanahair, Rotikaya.com menyiarkan beberapa keping gambar yang menunjukkan keintiman antara Apex dan Shida Harmi yang dikirim oleh seseorang yang dipercayai rakan rapat artis itu atau Shida Harmi sendiri.

“Kami amat pasti penghantar e-mail yang kami (dan beberapa rakan media lain) terima ini merupakan kenalan rapat atau mungkin Shida Harmi sendiri,” kata pemilik laman web tersebut.

Menghangatkan lagi kontroversi, Rotikaya.com juga menyiarkan dua paparan ‘screenshot’ Blackberry Messenger (BBM) yang dirujuk kepada perbualan antara Apex dan Shida Harmi di mana terkandung unsur pertengkaran dan ugutan.

Dalam perbualan di BBM tersebut, Shida seolah-olah cuba mengugut Apex untuk mendedahkan kepada umum kononnya mereka pernah tidur bersama.
“Klu I nk sebar kan dri dlu lah cik fahmiiiii.. Pk la skik.. Sb kan u dh wat palat gini, kutuk2 I sume, Cite psl u? Cite psl pe? Bukan I cite btul ke? Yg u cakap I dok meroyan tergile2 kan u nape?  U nak i tunjuk bukti yg pena tdo dgn u? I got all d prove..dun u eva play wit me,” kata Shida, merujuk kepada BBM tersebut.
Blog hiburan itu juga percayai bahawa gambar dan perbualan BBM antara Apex – Shida Harmi itu berlaku pada sekitar Ogos 2011, ketika kisah tentang pertunangan Apex dan bekas tunangnya, Elia, sedang sebok diperkatakan ramai.
Khairul Fahmi putus tunang dengan Elia dan kemudiannya digosipkan menjalin hubungan mesra dengan seorang artis, Dahlia Teck, selain dikaitkan dengan watak sampingan, Shida Harmi.
Apex juga telah dilanda kontroversi apabila pihak tertentu telah mengirimkan beberapa keping gambar beliau dan beberapa gadis-gadis seksi ketika menyambut hari lahir Dahlia Teck di sebuah restoran eksklusif di Bukit Bintang di sini sejurus sebelum berlepas ke Jakarta bagi menghadapi kejohanan Sukan Sea di Jakarta.
Sumber campur aduk : illustrasiaku dan melvister


Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More